Sunday, July 4, 2010

Ayah oh ayah...


Dalam entri lepas Max ada membebel pasal kisah ibu dan anak. Untuk entri ni, Max nak membebel lagi, tapi tentang ayah dan anak lak.
Tersebutlah kisah seorang ayah dan anak perempuannya. Si ayah bergiat cergas dalam kegiatan MLM dan kini mampu memakai kereta Mercedes. Si anak pula baru menduduki SPM tahun lepas dan berhajat menyanbung pengajian. Tetapi malang sungguh nasib si anak kerana hasratnya dihalang bapanya. Alasannya, tak mampu nak menanggung perbelanjaan si anak untuk ke menara gading. Maka menangislah si anak, impian dan cita-citanya musnah begitu sahaja.......

Max tak boleh nak terima alasan tak mampu tu. Si ayah sekarang adalah seorang kontraktor kecil-kecilan dan berhenti dari kerja2 MLM. Tapi bagi Max, belanja bukannya penghalang sebab banyak sumber yang kita boleh dapat kalau nak masuk U. Kalau rasa tak mampu sangat, apalah salahnya korbankan Mercedes tu untuk anak-anak. Ini Mercedes tu yang lebih dia sayang. Max pun rasa hiba tengok anaknya. Kecewa sangat. Sedangkan ayah Max, seorang penoreh getah yang pendapatannya tak seberapa, boleh je tanggung anak-anaknya seramai 8 orang. 3 orang masuk universiti, 3 orang di sekolah berasrama. Cukup je makan kami semua. Hmm..entahlah manusia. Max pon tak nak komen lebih-lebih. Lu pikirlah sendiri!.

No comments:

Post a Comment