Tuesday, July 20, 2010

Kategori awek zaman cyber

Kerana kegilaan Max pada IT, ni Max kategorikan awek-awek di zaman cyber. Sekadar bahan gelak ketawa. Sape-sape yang terasa jangan ambil hati plak yer.


Awek HARDDISK
Awek jenis nie akan ingat segala hal. Daripada hari jadi, ulangtahun, sampailah no pin ATM kita, semua dia ingat.

Awek RAM
Awek macam ni akan terus lupakan kita lepas break-up.

Awek WINDOWS
Semua orang tahu awek macam ni tak dapat lakukan semua benda dengan betul, tapi kita tak dapat hidup tanpanya.

Awek SCREENSAVER
Awek macam ni hanya sebagai penyedap pandangan, untuk bersenang-senang jer.

Awek INTERNET
Susah sangat nak ayat kasi lentok, tapi asyik putus.

Awek SERVER
Awek jenis ni sentiasa ada kerja, sibuk pada masa kita perlukan dia.

Awek MULTIMEDIA
Awek ni mampu mengubah semua benda buruk menjadi indah.

Awek CD-ROM
Awek macam ni sentiasa bersedia untuk kita. Tapi sekali kita buat silap, susah sangat nak mencari dia semula.

Awek E-MAIL
Dalam 10 ayat dia cakap, kita boleh percaya 2 jer. Yang lain semua bohong.




Awek GOOGLES
Awek macam ni akan sentiasa mencari kesalahan kita. Semua percakapan orang dia percaya, walaupun sumber tu tak boleh dipercayai

Awek VIRUS
Awek macam ni akan datang pada waktu kita tak perlukan dia. Install dirinya dan gunakan semua yang kita ada. kalau kita cuba uninstall dia, kita akan hilang banyak benda. Kalau kita tak uninstall dia, kita akan hilang lebih banyak benda

Awek BLOG
Semua aktiviti kita akan dilaporkan pada kawan-kawannya, even perkara yang kadang-kadang amat personal.

No comments:

Post a Comment