Saturday, June 26, 2010

Alkisah Ibu dan anak

Gambar Hiasan

Ni kisah benar Max nak kongsikan. Kisah seorang ibu tunggal berusia 50-an yang tinggal di utara tanahair dan anak perempuannya yang sedang belajar di ibu negara. Dipendekkan cerita, anaknya seorang yang manja, ibunya pula menurut je permintaan anaknya. Anaknya tak siap assignment, ibunya sanggup memandu seorang diri dari utara, menemankan anaknya menyiapkan tugasan. Sanggup pula tak tidur malam. Anaknya tak reti buat tugasan, diupah pula orang untuk membantu, sehingga beratus-ratus ringgit dihabiskan untuk tugasan anaknya.

Disini timbul beberapa persoalan yang berlegar di kepala Max:
1. Adakah si ibu bersalah kerana terlalu memanjakan anaknya. Alasannya, anaknya hanya seorang, tiada ayah pula. Biarlah ibu berkorban untuk anak yang seorang ni.

2. Atau mungkin anaknya yang bersalah, membiarkan sahaja ibunya bersusah payah berulang-alik dari utara ke KL sehingga 2-3 kali seminggu.

Pada Max, si anak sepatutnya lebih matang, memahami bahawa ibunya yang sudah tua itu tidak perlu disusahkan dengan masalah kecil yang timbul akibat sikapnya sendiri. Takkan la semua perkara perlu dilaporkan kepada si ibu. Tapi itu pandangan Max. Pandangan anda macamana?

Tuesday, June 22, 2010

Rainy Season

Sekarang ni di Segamat hari-hari hujan. Dah dua hari Max basah kuyup sampai office. Pagi tadi pon habis basah seluar Max. Nasib baik hari ni pakai selipar jepun jer. Kalau tak memang pakai kasut basah la sampai ke petang..lol..Bila la Max dapat beli kereta ni yerk...bosan da meredah hujan hari-hari....

Sunday, June 20, 2010

Johor Bahru, Karate Kid dan Belia Kg Melayu Raya...

Hujung minggu lepas, Max join Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kg Melayu Raya, Segamat dalam lawatan ke Johor Bahru. Kitorang wat friendly futsal malam minggu tu. Team Sinaran Baru memang sporting walaupun dibelasah team kami. Malam tu kitorang layan tengok Karate Kid beramai-ramai kat City Square. Ahad plak kami join perasmian Hari Belia peringkat Negeri Johor di Kg Maju Jaya.

Dalam lawatan ni Max dapat banyak perkara. Cuma satu yang masih Max fikirkan sekarang. Dalam perjalanan balik, Pengerusi kami meluahkan hasrat untuk pass down kepimpinan pada Max. Max tak terkejut dengan keputusan tu sebab memang dah ada dengar sebelum ni. Max juga faham dia menilai Max sebagai pengganti terbaik dia sebab pengalaman serba sedikit Max mengenai kepimpinan. Lagipun tugas Max sebagai setiausaha kerja Majlis Belia Daerah akan memberi banyak faedah pada persatuan. Cuma Max masih kurang berkeyakinan dengan kemampuan Max. Max harap tempoh setengah tahun yang tinggal ni dapat Max kumpulkan keyakinan dan seberapa banyak pengalaman untuk tugas yang dah menanti tahun depan. insyaAllah.

Friday, June 11, 2010

Patah 2 belah kaki.......

Minggu lepas...bila masuk office..printer problem. Ink tak kuar la, takleh on la...patah satu kaki takleh wat keje...pastu 2 hari lepas mouse tak gerak lak. leceh tol. terkial-kial Max guna pc buruk tu dengan keyboard jer. Pagi tadi, masuk je office, tros takleh on pc tuh...adoi..dah patah 2 belah kaki..takleh nak wat keje langsung nih..Max pon selamba amik barang apa yang patut, tros cabut balik umah. lagipun hari ni memang keje setengah hari. Ni pikir lak minggu depan nk wat camne pc tu. Bos kata nak ganti pc tu tak ganti2 pon. Nasib la bos, mggu depan kalau xde pc memang aku tak masuk office la jawabnya..haha..

Tuesday, June 8, 2010

Gila Bola

Sempena dengan piala dunia yang bakal tiba ni, Max nak kongsi satu gambar ngan korang. Layann..

Monday, June 7, 2010

First Post

Dah lama Max berhajat buat personal blog nih. Sebelum ni Max buat MaxIT. Tapi tu IT blog so rasa tak sesuai untuk update hal-hal lain. Thats why Max buat blog ni plak. Anyway, hope blog ni Max dapat gunakan sebaiknya. Stay tune guys!. Thanks