Sunday, July 18, 2010

Tips hilangkan penat

Dah dua bulan rasanya Max tak jumpa hujung minggu. Hari-hari kerja ; kerja formal, kerja tak formal, kerja amal dan kerja yang bukan-bukan. lol . Penuh je aktiviti hari-hari. Bila dah hari-hari kerja, tido pukul 2-3 pagi, mula la badan asyik penat jer. Sampai office jer, perkara pertama yang Max buat, tido jap (kadang-kadang tak berapa sekejap, smpai tengahari pon ada). Jangan ikut perangai Max nih. Tak boleh pakai punya perangai. Ni Max bagi sikit tips nak hilangkan penat masa kerja. Ikut yang ni tau!.



1. Tido 5 minit waktu rehat tengahari : tido tengahari ni boleh mengembalikan semula tenaga yang hilang pada waktu pagi. 5 minit je cukup. Jangan lebih-lebih. Kalau tido tengahari sampai 1 jam, kompem badan korang akan rasa lagi penat pada waktu petang.

2. Regangan/senaman ringkas : Bagi korang yang duduk je time kerja, jangan dok kejung jer. Sesekali buat regangan supaya urat-urat korang tu longgar sikit.

3. Borak seketika : ambil masa berjalan ke department sebelah. Borak-borak 2-3 minit. Bukan 2-3 jam yer!

4. Pergi tandas, cuci muka, dan buang apa yang patut.

5. Air minum : pastikan kat korang sediakan sebotol air kosong kat meja kerja korang. Banyakkan minum air masak supaya badan sentiasa segar.

6. Mandi air panas : sesekali cuba berendam dalam air panas (air mendidih bagus gak kot. =D ). Berendam dalam air panas ni bagus untuk melancarkan peredaran darah dalam badan. Sangat selesa berendam dalam air panas sebelum tido. Boleh terlelap dok layan berendam nih. Tau-tau dah pukul 7 pagi.

Petua-petua ni semua Max dapat dari Mak, kawan-kawan dan sedara-mara. Cuba jangan tak cuba.


No comments:

Post a Comment