Thursday, July 15, 2010

Sidang DUN dan Kota Iskandar, Johor.

 posing masa bas baru bertolak



Hari Isnin hari tu (12 Julai 2010), Max berpeluang join lawatan ke Persidangan DUN Johor di Kota Iskandar. Lawatan tu dianjurkan YB Ayub Rahmat (YB kesayangan..lol). Kitorang pergi 1 bas, 40 orang. Cuma Max dan 3 orang rakan Max dalam kategori "Belia pelapis harapan negara" (cewah), yang lain semuanya para veteran dan otai-otai. Ketua kampung, penghulu, ketua pemuda. Seronok juga la dapat peluang macam nih. Ketibaan kitorang agak lewat sampaikan YB terpaksa menangguhkan ucapan beliau (Sori YB =(...). Lepas diberi taklimat oleh petugas, kami masuk. Masa tu ada YB chinese tengah berucap. Max pun tak ingat apa nama dia. Lepas je YB tu duduk, speaker dewan terus bagi peluang pada YB Ayub untuk berucap. Baru je YB nak buka mulut, speaker mencelah kejap. Max ingat lagi ayat dia ; "Kita alu-alukan rombongan YB, dari JPMM Dun Kemelah. Nak tengok YB diorang berucap ni. YB lepas ni bagi diorang makan yer".

Sempoi gak speaker nih dalam dewan. Sebelum ni pun Max pernah makan semeja ngan speaker dewan negeri ni, di Permatang Duku, masa Max amik hadiah untuk Anugerah Desa Cemerlang. Masa tu pun dia sempoi je borak. Lepas persidangan berhenti rehat, kitorang pon dibawak ke dewan makan. Tapi sebelum tu sempat gak singgah kat tandas dewan tuh. Besarnya mengalahkan ruang tamu rumah Max. Bak kata kawan Max "ni tandas buat tido pon boleh". Siap makan, sesi bergambar. Lepas tu kitorang dibawa ke pejabat Menteri Besar. Kat situ ada model Kota Iskandar. Kagum gak la Max. Lepas siap nanti, kompem Kota Iskandar ni lagi gempak daripada Putrajaya. Kedudukan dia betul-betul tepi laut. Siap ada air pancut yang bersambung ngan laut.

Then, kitorang pergi Puteri Harbor, dalam Kota Iskandar gak. Kat sini masing-masing berangan bila tengok kapal-kapal layar berlabuh kat situ. Pastu tengok harga, semua terbeliak biji mata. Sebijik harga sampai puluh-puluh juta RM. Baik Max beli rumah jer. Lama gak kitorang lepak kat Puteri Harbor ni. Sebab tunggu YB. Sempat jugak la merasa Mocha Blended berharga RM 10. Kat situ teh tarik pun harga RM 4. Nasi lemak RM 10. Ntah apa la rasa nasi lemak RM 10.

Last skali, kitorang melawat Perbadanan Taman Negara, Negeri Johor. Kat sini cuma diorang bagi sedikit taklimat. 5 minit je. Dapat goodies, bergambar jap dan tros kitorang blah. Dalam perjalanan keluar tu, dapat la kitorang tengok beberapa kawasan yang masih dalam pembinaan. Puas hati sangat dapat join lawatan ni, walaupun agak penat. Apa-apapun, bagi Max, Kota Iskandar memang 1st class. Max bagi 10 bintang.

 kat R&R pon sempat posing gak
 pantang jumpa cermin...posing je..tapi puas hati cermin besar gedabak


 gambar kenangan dengan YB Ayub di Dewan Negeri Johor


Di hadapan bangunan Dewan Negeri


 4 bujang tak lapok + 1 yang tak berapa bujang tapi dah lapok

 Ni la dia gambar penuh bangunan Dewan Negeri Johor


 Ni di hadapan Pejabat Menteri Besar Johor, betul-betul bertentangan dengan bangunan Dewan Negeri.

 Sifu Max ; Abg Sham 'Hero' dan Raja Lawak Segamat; Abg Sabri di Puteri Harbor.

Ni pun di Puteri Harbor.
 Posing lawakAbg Sabri di Puteri Harbor
 Semasa taklimat di Perbadanan Taman Negara. Nasib baik la harimau ni keras, kalau hidup, memang tak sempat Max nak tulis entri ni...


No comments:

Post a Comment