Saturday, June 26, 2010

Alkisah Ibu dan anak

Gambar Hiasan

Ni kisah benar Max nak kongsikan. Kisah seorang ibu tunggal berusia 50-an yang tinggal di utara tanahair dan anak perempuannya yang sedang belajar di ibu negara. Dipendekkan cerita, anaknya seorang yang manja, ibunya pula menurut je permintaan anaknya. Anaknya tak siap assignment, ibunya sanggup memandu seorang diri dari utara, menemankan anaknya menyiapkan tugasan. Sanggup pula tak tidur malam. Anaknya tak reti buat tugasan, diupah pula orang untuk membantu, sehingga beratus-ratus ringgit dihabiskan untuk tugasan anaknya.

Disini timbul beberapa persoalan yang berlegar di kepala Max:
1. Adakah si ibu bersalah kerana terlalu memanjakan anaknya. Alasannya, anaknya hanya seorang, tiada ayah pula. Biarlah ibu berkorban untuk anak yang seorang ni.

2. Atau mungkin anaknya yang bersalah, membiarkan sahaja ibunya bersusah payah berulang-alik dari utara ke KL sehingga 2-3 kali seminggu.

Pada Max, si anak sepatutnya lebih matang, memahami bahawa ibunya yang sudah tua itu tidak perlu disusahkan dengan masalah kecil yang timbul akibat sikapnya sendiri. Takkan la semua perkara perlu dilaporkan kepada si ibu. Tapi itu pandangan Max. Pandangan anda macamana?

No comments:

Post a Comment